yasmin lawsuit

Thursday, December 3, 2009

my favourite tool




Haaaa...ni satu lagi hobi aku yang pelik tapi benar.
MENGUMPUL KOLEKSI TOOLS

Hobi ni aku dapat dan terpengaruh dengan anak buah aku ( faris ) yang sememangnye arif dan otai bab2 tools yang branded.Dari dia laa aku terlekat dgn hobi nie...
kalu bab modal untuk memiliki tool kesayangan ku ini menelan belanja yang akan membuatkan isteri aku suruh aku tido kat luar....tak dapat nak dinyatakan disini.
hehehehehe...

Oleh yang demikian pandai-pandai laaa mengaburi penglihatan pihak lawan..kalua nak di ikutkan banyak lagi gadget-gadget yang aku idamkan..tapi memandangkan Nur Aqilah lebih penting maka aku kumpul sket2 wang saku untuk membeli nye nanti..hehehe

Nur Aqilah demam



Haaaaa...ni nak citer pasal anak plak..hehehe :D
anak aku ni start jer masuk umur 6 bulan,dia mula doh demam2 and selsema
Naik risau plak dibuat nyer..siap pulak dengan cirit birit,menangis x berenti2..
adesssss kecian plak aku tgk..Risik punye risik rupanye budak2 masuk 6 bulan mmg begitu..beralih bulan katanya...entah aku pun dok tahu iye ke idok...
Untuk mendapatkan kepastian,aku dan isteriku yang tercinta pun pergi laaa ke klinik pakar kanak-kanak untuk mengeCEK Nur Aqilah neh..untuk mencari ROOT CAUSE nye.
Haa gambo yang aku attach skali nie masa dia kat klinik tuh..dengan muka seposen dia dok main kuda plastik warna biru...baru laa dia ceria sket..kalu tidak muka dok masam jer sokmo...aku pun sama geli dok berebut ngan dia..teringin gak nak main kuda plastik warna biru neh..maklum ler masa kecik2 dulu x jumpa mende-mende gini...huhuhuhuhuuuhuhu...

Akhirnye setelah diperiksa dan di buat analisis oleh doktor..dia merekemenkan Aqilah supaya minum susu yang berasaakan SOYA,kerana perut dia x leh nak menghadam susu yang berunsurkan LAKTOSA...baru ler aku paham..doktor pun bagi ubat demam and ubat selsema dan mengesyorkan aku membeli susu CAP ******* ( soya based ) dan di caj sebanyak 120 HENGGET..hampeh..mintak diskaun tak dikasi nye...huhuhuhuhu

Setelah itu Aqilah pun kembali normal dan menjadi kanak-kanak yang riang gembira,tanpa lagi cirit birit :D serta membesar bagai johari...muekekekekekeke

Install air-feeder system




Pada 5 july 2009 aku telah mendapat request form dari 'press section' untuk melakukan kerja-kerja modification keatas press machine YAMADA DOBBY AF30 ( PP13 ) yang asalnye menggunakan system servo feeder kepada system Air-Feeder.
Disebabkan System servo feeder telah rosak atau bahasa lain nye 'JENG KRENG',aku dan anak buah ku yg berdedikasi telah melawat mesin tersebut sebelum kerja-kerja ubah suai dilakukan.
Setelah di siasat dan di skodeng dengan penuh kasih sayang,aku pun menyiapkan litar kawalan baru dengan tambah 2 unit proxmity sensor untuk kawalan 'system air-feeder'.
Dengan semangat kesukanan,anak buahku ( faris & mat ) telah menyiapkan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan proxmity sensor pada contorl panel machine.Mereka dpt menyiapkan kerja dalam masa 1 hari termasuk kerja2 housekeeping :D....

Lepas siap kije..kami sume makan ikan bakar di kedai JEMBAL,balok...makan sampai lebam dan boroi :D

AIR-COMPRESSOR 2000HR SERVICES


So hari 3 dis 2009 ni aku ngan anak buah ( mat & faris ) bertungkus lumus,bergelumang dan menunggang terbalikan sebuah 'Air-Compressor' brand : Anest Iwata 37 Kw kerana tempoh services nye telah cukup 2000 jam..
Oleh yang demikian kami pung dengan semangat waja meneruskan acara dengan penuh dedikasi dan saling tolong menolong ... ( cewah )
Kerja-kerja ni mengambil masa dua jam setengah untuk menyudahkanya dengan cemerlang,terbilang dan gemilang.

Antara kerja-kerja yang telah dibuat :

1) Tukar minyak pelincir baru
2) Tukar Oil filter baru
3) Services Unloader valve
4) Services control panel
5) Services oil cooler

Wednesday, December 2, 2009

Mukadimah

Assalamualaikum...
kepada mereka yang sudi menjengah dan membaca blog yang kusut masai ini.....
Entah mengape hari ini 3 dis 2009,aku bersungguh-sungguh bebenor nak wat blog..
huhuhuhuhu hantam sajelah asal dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada tapi tak seberapa ini..
MOga-MOga aku diberi ilham oleh Allah SWT untuk menaip dan terus menaip....

Wallah hu aklam....